fbpx

Pelajar tingkatan 2 maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hazim maut dalam kemalangan di Simpang Tiga Jerai, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, Kulim tengah hari tadi.

BALING – Seorang pelajar lelaki maut akibat digilis sebuah lori dalam kemalangan di Simpang Tiga Jerai, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira- kira pukul 1.50 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Hazim Iskandar Mohd Hafiz, 14, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati lori jenis Isuzu datang dari arah Gerik menghala ke Kulim.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal keluar dari simpang di sebelah kiri jalan sebelum bergesel dengan bahagian belakang lori.

“Mangsa terjatuh di atas jalan sebelum kepala digilis tayar belakang sebelah kiri lori tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang tidak memakai topi keledar mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada mangsa yang cuai ketika keluar simpang dan melanggar lori tersebut.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI