fbpx

Paya Serai, Hilton PJ imbau kenangan bersama keluarga sambut krismas, Tahun Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu hidangan menyelerakan bakal dihidangkan di Paya Serai, Hilton PJ bersempena sambutan hari Krismas dan Tahun Baru.

PETALING JAYA – Hilton Pe­taling Jaya (Hilton PJ) yang ter­kenal dengan restoran Paya Serai yang menawarkan pelbagai menu sepanjang masa terma­suk pada musim perayaan bakal menjadi tumpuan pe­langgan yang akan menyambut Krismas bulan depan.

Restoran tersebut cukup sinonim dalam kalangan warga kota kerana ia meninggalkan pelbagai kenangan khususnya bagi mereka yang suka menjamu selera bersama keluarga dan juga orang tersayang di hotel tersebut.

Eksekutif Cef Hilton PJ, Ridzuan Malek berkata, Paya Serai sentiasa mendapat sambutan menggalakkan pada musim perayaan meskipun ketika ia dalam proses pengubahsuaian sebelum ini, tetapi kini restoran dan suasana di dalam hotel ini lebih ceria, terang dan selesa buat para tetamu.

“Paya Serai penuh dengan kenangan bagi keluarga, jika ­dahulu ibu bapa yang membawa anak-anak makan di sini tetapi sekarang apabila anak-anak sudah dewasa, giliran mereka pula bawa ibu bapa, malah ­datuk dan nenek dibawa makan bersama di sini,” kata­nya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis prebiu hidangan untuk sambutan Krismas dan Tahun Baru 2024 di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Besar Hilton PJ, Craig Bonnor.

Ridzuan menjelaskan, kira-kira 300 menu bakal dihidang­kan selama dua hari bersempena sambutan hari Krismas iaitu 24 dan 25 Disember serta pada malam tahun baru, 31 Disember ini.

Ia menampilkan pelbagai menu daripada pembuka selera hinggalah makanan utama serta manisan yang terkenal bersempena sambutan Krismas selain dihidangkan juga makanan tradisional Melayu, India dan Cina yang pastinya dapat memenuhi selera daripada peringkat kanak-kanak hingga warga emas.

Disediakan juga kawasan bersesuaian untuk kanak-kanak menguji minda dalam permainan karnival serta sudut mengambil gambar secara langsung bagi mengabadi kena­ngan selepas menjamu selera di restoran tersebut.

Harga bufet adalah antara RM178 hingga RM198 untuk dewasa, manakala RM88 hingga RM98 untuk kanak-kanak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI