fbpx

Padah bakar mercun lewat pagi di PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular polis menahan seorang lelaki yang terlibat membakar mercun pada lewat pagi sehingga menganggu keteraman awam di PPR Lembah Subang, Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA – Tindakan dua orang lelaki membakar mercun pada lewat pagi mengundang padah apabila ditahan polis di kawasan perumah PPR Lembah Subang, Kelana Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 4.35 pagi.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian bersama dua buah unit kereta peronda (MPV).

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati lebih 50 orang penduduk di perumahan tersebut berkumpul menunjukkan perasaan takut serta marah akibat bunyi mercun yang berterusan dilakukan sekumpulan individu terbabit.

“Anggota dan kenderaan polis yang berada di lokasi kejadian turut dilontarkan mercun oleh suspek tersebut namun tiada kecederaan pada anggota,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Fakhruddin, hasil maklumat awam yang disalurkan, pihaknya berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 20-an dan semakan mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah serta dadah.

Kata beliau, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI