fbpx

MotoGP: Bagnaia yakin Valencia bakal penentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA memiliki kelebihan 14 mata berbanding Martin ketika ini dan percaya penentuan juara dunia hanya akan dapat ditentukan pada aksi terakhir di Valencia.

SEPANG – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia mengakui persaingan untuk gelaran kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bakal diheret sehingga pusingan terakhir di Valencia pada 26 November nanti.

Pelumba Itali itu menegaskan jurang 14 mata dengan seteru utamanya, Jorge Martin tidak terlalu jauh biarpun perlumbaan tersebut kini berbaki dua pusingan sebelum melabuhkan tirai di Litar Ricardo Tormo.

Tegas Bagnaia, dia bertekad mengulangi pencapaian terbaik sewaktu turun bersaing di Grand Prix (GP) Malaysia kelmarin ke Qatar minggu depan biarpun menamatkan saingan di kedudukan podium tempat ketiga di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Saya fikir kita perlu menunggu sehingga ke Valencia untuk mengetahui dengan pasti mengenai peluang gelaran dunia.

“Mempunyai kelebihan 14 mata adalah baik daripada tiada langsung, tetapi jurang tersebut bagi saya sangat kecil.

“Jadi, menjelang perlumbaan di Qatar nanti adalah penting untuk mengulangi pencapaian terbaik yang kami lakukan sepanjang hujung minggu ini di Sepang.

“Bermula di petak utama akan menjadi sangat penting sekali lagi dan saya harap kami akan cuba teruskan seperti yang kami lakukan hari ini,” katanya.

Perlumbaan tersebut dimenangi rakan sepasukannya, Enea Bastianini dan pelumba Gresini Racing MotoGP, Alex Marquez melengkapkan podium tempat kedua. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI