fbpx

Malakoff bangunkan sistem solar di tiga tapak Gas Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Kewangan Malakoff, Mohd. Nazersham Mansor (dua dari kiri) pada majlis pemeteraian perjanjian dengan Gas Malaysia di Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) melalui anak syarikat milik penuhnya, Malakoff Radiance Sdn. Bhd. (Malakoff Radiance) telah memeterai Perjanjian Pembelian Tenaga Solar (SPPA) dengan Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia).

Perjanjian tersebut adalah untuk projek membangun, mengoperasikan dan menyelenggara sistem solar fotofoltaik (PV) tiga tapak Gas Malaysia iaitu di ibu pejabat syarikat di Shah Alam, Pasir Gudang, Johor untuk kawasan selatan manakala di Gebeng, Kuantan untuk kawasan Pantau Timur.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata,  pelaksanaan ke arah penyediaan penyelesaian tenaga solar dan pemasangan infrastruktur mudah alih bebas karbon melalui kerjasama ini adalah langkah penting ke arah usaha mencapai 500 MW bagi tenaga solar dalam kumpulan Albukhary serta dalam masa membantu menyokong aspirasi Gas Malaysia ke arah kelestarian.

“Dalam landskap semasa, pengguna dan perniagaan serta juga kakitangan terus aktif untuk mencari rakan yang komited terhadap usaha mereka yang menyokong kepada tenaga hijau,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Majlis pemeteraian tersebut telah diadakan seiring dengan majlis pelancaran pelan perniagaan kelestarian Gas Malaysia di Shah Alam baru-baru ini.

Malakoff telah diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangannya, Mohd. Nazersham Mansor.

Sehingga kini, Malakoff memiliki 151 MW Tenaga Boleh Baharu yang dijana daripada portfolio projek yang dimilikinya untuk Solar Skala Besar (LSS), solar atas bumbung (RTS) dan janakuasa tenaga hidro yang kecil. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI