fbpx

KPKM laksana lima strategi jamin sumber ternakan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik Mohamad Sabu di laman Facebooknya ketika bercakap di Dewan Rakyat, hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah merangka lima strategi bagi memastikan sumber ternakan negara mencukupi serta mudah untuk diperoleh.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata melalui satu hantaran di laman Facebook, kesemua strategi tersebut sedang dilaksanakan oleh kementerian secara berperingkat.

“Antara lima strategi utama KPKM adalah dengan meningkatkan kemampuan dan pertumbuhan lanjutan dalam industri penternakan ayam dan itik.

“Selain itu, bilangan ternakan ruminan juga akan ditambah dan kebolehcapaian pasaran sub industri ruminan kepada usahawan baharu bakal dipermudah,” katanya dalam hantaran sama.

Dalam pada itu, KPKM juga bakal meningkatkan usaha untuk mengurangkan kehilangan ternakan akibat penyakit dan kebergantungan kepada bahan makanan ternakan yang diimport.

Mohamad Sabu berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Ia bagi menjawab soalan asal Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berhubung sasaran Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) bagi membantu pencapaian pembangunan sektor ternakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI