fbpx

Konflik Palestin-Israel: 21 warga Israel cedera dibedil Hizbollah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Foto AFP

BEIRUT, LEBANON – Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk 14 orang awam Israel cedera selepas kumpulan Hizbollah melancarkan peluru berpandu antikereta kebal dari selatan Lebanon kelmarin, lapor laman berita Wion News.

Dalam satu lagi serangan oleh pejuang Hizbollah, tentera Israel berkata, tujuh askarnya cedera akibat terkena mortar dekat komuniti  Menara, utara Israel.

Sekurang-kurangnya 14 orang awam cedera termasuk seorang parah, manakala yang lain cedera ringan, demikian menurut  laporan media Israel.

Berlaku pertempuran rambang antara pejuang Hizbollah dan askar Israel kelmarin.

Rejim Zionis berkata, dua lagi kumpulan pejuang melancarkan peluru mortar dari Lebanon di kawasan berdekatan komuniti Menara dan Yir’on.

Siren roket turut dibunyikan di beberapa bandar di utara Israel, namun tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

Menurut tentera Zionis, kira-kira 15 peluru roket dilancarkan dari Lebanon di utara Israel dengan empat daripadanya dipintas sistem Kubah Besi, manakala beberapa yang lain jatuh di kawasan terbuka. Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Dalam kemas kininya, jurucakap tentera Israel berkata, sebuah jet pejuang dan pesawat lain menyerang beberapa sasaran Hizbollah di Lebanon, termasuk markas tentera yang mengandungi gudang senjata dan infrastruktur ketenteraan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI