fbpx

Kena renjatan elektrik lori tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang maut manakala seorang lagi parah selepas lori dinaiki terkena renjata elektrik lalu terbakar dalam kejadian di Jalan Kampung Samparita, Kota Maruduhari ini. Foto IHSAN BOMBA

KOTA MARUDU – Seorang maut manakala seorang lagi parah selepas lori dinaiki terkena renjata elektrik lalu terbakar dalam kejadian di Jalan Kampung Samparita hari ini.

Mangsa John Adam Baudi, 56, iaitu pemandu jentera berat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 11.35 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu digerakkan ke lokasi sejauh 28 kilometer.

“Kebakaran berlaku di bahagian belakang lori 10 tan yang terbakar 70 peratus akibat dari terkena kabel elektrik ketika menurunkan tanah.

“Kejadian menyebabkan dua mangsa lelaki yang berada di dalam kenderaan terbabit terkena renjatan elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dilakukan oleh pasukan bomba menggunakan satu aliran dari jentera bomba.

“Mangsa pertama yang berada dalam keadaan parah sudah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.

“Mangsa kedua iaitu pemandu jentera berat disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI