fbpx

‘Kalau ibu ada, rumah tok mak tu paling best’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Abdur Rahman di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – Luahan remaja lelaki yang terselamat dalam nahas mengorbankan enam ahli keluarganya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan awal September lalu sekali lagi meruntun hati pengguna media sosial.

Video luahan Abdullah Amir Ruddin, 15, itu dirakam dan dimuat naik oleh abangnya, Abdur Rahman, 19, di aplikasi TikTok.

Di dalam ruangan kapsyen video tersebut, difahamkan Abdullah cuba untuk lari rumah sebelum dibawa keluar oleh abangnya untuk menziarahi kubur ahli keluarga.

“Tak apalah Du’o (Abdullah) kita pun dah tak ada siapa lagi dah. Suka tak suka nak kemana lagi kan. Kata Du’o kuat, dah tu kita kena lah sorokkan kesedihan kita jangan selalu sangat tunjuk dekat ramai orang.

“Nanti Du’o sihat abang bawak jalan jauh. Ha masa tu kita berdua je tak ada siapa nak marah,” tulis Abdur Rahman.

Sementara itu, dalam video tersebut, Abdullah kelihatan sebak dan menyatakan kerinduan pada ahli keluarganya sekali gus menjawab persoalan kenapa dia cuba untuk lari dari rumah.

“Sebab ibu tak ada, tak best. Kalau ibu ada best. Kalau ibu ada, rumah tok mak tu jadi paling best. Awie dah tak ada, Seri dah tak ada. Baru nak gaduh dengan Seri. Kakak dah tak ada, kak chik pun dah tak ada,” katanya.

Abdullah turut mendoakan agar ibu, bapa dan adik-beradiknya dikurniakan tempat tertinggi di syurga.

“Ini Awie, ini Abi, ini Ibu. Tu kak chik, akak. Saya doakan ibu masuk syurga, syurga yang paling tinggi sekali. Sama juga untuk abi dan adik-beradik semua,” luahnya.

Terdahulu, Abdullah menjalani pembedahan akibat kecederaan parah pada kepalanya.

Kemalangan melibatkan tujuh sekeluarga itu mengorbankan ibunya, Noorahimah Noor Muhamad, 43, dan bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46.

Nahas itu turut meragut nyawa nyawa empat adik-beradiknya iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Difahamkan tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan dari Ladang Tehel Utara, Kluang ke Felda Kemedak untuk menghantar Noorahimah serta anak-anaknya di sana.

Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir. – KOSMO! ONLINE

@rahmanlahhhhhhhtakpela du’o kita pun dah takde sape lagi dah…suka taksuka nak kemana lagi kan..kata kuat du’o dahtu kita kene la sorok sorokkan sedih kita jgn selalu sangat tunjuk tunjuk dekat ramai org…nanti du’o sihat abang baaaawak jalan jauh jauh ha time tu kita berdua je takde sapa nak mara😇

♬ original sound – XioMeii – Cikdaa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI