fbpx

Ibu upah pembunuh tembak anak sendiri di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaew menghadapi penderaan fizikal ketika anaknya mengambil dadah. - Amarin TV

BANGKOK – Seorang wanita warga Thailand menyerah diri di balai polis selepas mengupah seorang lelaki bersenjata untuk membunuh anak lelakinya di rumah mangsa, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kematian seorang lelaki bernama Weeraphan Phothong, 31, dilaporkan di Balai polis Chiang Khan pada 9 November lalu. Mangsa ditembak mati di rumahnya di daerah Chiang Khan, wilayah Loei.

Ibu Weeraphan, Kaew Phothong, 57, pada awalnya mendakwa dia hanya mengetahui tentang kematian anaknya daripada seorang jiran. 

Kaew mendakwa anaknya berusaha melawan ketagihan methamphetamine dan sering menyerangnya secara fizikal apabila berada di bawah pengaruh dadah.

Disebabkan kekurangan maklumat mengenai motif di sebalik pembunuhan Weeraphan, Kaew enggan siasatan terhadap kematian anaknya diteruskan.

Bagaimanapun, Kaew kemudian menyerah diri kepada polis pada Sabtu lalu dan mengaku merancang pembunuhan anaknya. 

Kaew berkata, dia tidak tahan dengan serangan fizikal itu dan bekerjasama dengan kakaknya, Sarn Phothong, 65, dalam merancang pembunuhan itu.

Sarn mengupah seorang lelaki bersenjata, Somsa Saenchaiwut, 64, dengan bayaran 25,000 baht (RM3,268) untuk menembak dan membunuh Weeraphan di rumahnya.

Bekas isteri Weeraphan, Jarupat Singchum, 26, berkata dia menjalin hubungan dengan mangsa selama kira-kira enam tahun dan mereka mempunyai dua anak.

Dia memutuskan untuk bercerai tahun lepas kerana mengalami penderaan fizikal sama seperti Kaew. Jaruhat berkata, dia menjadi saksi serangan yang dilakukan Weeraphan terhadap ibunya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI