fbpx

EPL: Mohamed Salah kumpul 200 gol di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH meledak dua gol ketika membantu Liverpool mencatat kemenangan selesa ke atas Brentford pada aksi kelmarin. - AFP

LIVERPOOL – Penggempur sensasi Liverpool, Mohamed Salah berjaya merakam rekod peribadi apabila meledak 200 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas meledak dua jaringan ketika menewaskan Brentford 3-0 di Anfield kelmarin.

Jaringan tersebut menyaksikan Salah berjaya meledak 198 gol bersama Liverpool, manakala dua lagi jaringan ketika dia menyertai Chelsea sebelum itu sekali gus membolehkannya meraih 200 jaringan setakat ini pada usia 31 tahun.

Rekod tersebut juga menyaksikan Salah terus menjadi penyumbang gol utama buat Liverpool di Anfield apabila meledak dalam 14 daripada 15 penampilan untuk mengumpul 17 gol keseluruhan termasuk enam jaringan musim ini.

Kejayaan itu menyaksikan Salah menyertai bekas pemain Arsenal, Thierry Henry dan legenda Newcastle United, Alan Shearer dari aspek menjaring atau melakukan umpanan gol dalam 15 aksi EPL berturut-turut di laman sendiri.

Musim ini sahaja menyaksikan Salah menyumbang 14 kombinasi jaringan dan umpanan gol buat The Reds dalam aksi utama saingan domestik England itu.

Salah membuka tirai jaringan ketika menentang Brentford pada minit ke-39, manakala gol kedua hadir pada minit ke-62 sebelum Diogo Jota melengkapkan malam cemerlang Liverpool dengan gol ketiga kira-kira 15 minit sebelum permainan sebenar tamat.

Dalam pada itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp memilih untuk memuji penyerang utamanya, Darwin Nunez pada aksi berkenaan yang melakukan umpanan buat Salah ketika membuka tirai jaringan.

“Sangat luar biasa, semua orang boleh menyaksikannya. Dia berjaya mengawal bola dengan baik. Saya sangat gembira melihat cara dia ‘bekerja’ di atas padang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI