fbpx

Elon Musk pecah rekod dunia hantar 1,000 tan muatan ke orbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Transporter 9 ialah misi orbit ke-82 dijalankan SpaceX tahun ini. - SpaceX/Twitter

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Syarikat SpaceX milik manusia paling kaya di dunia, Elon Musk melancarkan misi Transporter-9 iaitu satu penerbangan ‘rideshare’ ke orbit Bumi yang membawa 90 muatan pada Sabtu lalu. 

Laman berita Wion News melaporkan, pelancaran itu menandakan SpaceX telah menghantar lebih 1,000 tan muatan ke orbit. Musk berkata, pencapaian tersebut adalah ‘rekod baharu  dunia’ .

Beberapa jam selepas misi Transporter-9 dilancarkan, Musk mengumumkan di laman X: “Roket Falcon telah menghantar lebih 1,000 tan muatan ke orbit pada tahun ini, satu rekod dunia.”

Dalam hantaran lain, katanya, pelancaran itu menandingi misi angkasa lepas semasa zaman kemuncak Kesatuan Soviet. Tambah Musk, misi penghantaran muatan ke orbit oleh China pada masa ini hanya menyamai satu perempat daripada pencapaian Space X.

“Ini jauh lebih banyak daripada yang dilancarkan oleh mana-mana negara dengan keseluruhan armada roket mereka dalam setahun. Tempat kedua ialah Kesatuan Soviet dengan muatan 500 tan.

“Untuk perbandingan masa kini, seluruh dunia telah menghantar 250 tan muatan ke orbit setakat tahun ini, kebanyakannya oleh China,” tulis Musk.

Mengikut butiran misi SpaceX, misi kali ini juga merupakan pelancaran dan pendaratan sempurna kali ke-12 bagi roket Falcon 9.

90 muatan itu termasuk CubeSats, MicroSats dan kenderaan pemindahan orbit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI