fbpx

DUN Selangor: 15,000 peminjam Hijrah degil, tunggak RM135 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najwan ketika menjawab pertanyaan lisan di DUN Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mendedahkan lebih 15,000 peminjam program Hijrah Selangor masih berdegil membayar pinjaman dengan nilai tunggakan mencecah RM135 juta.

Exco Beliau, Sukan dan Keusahawanan negeri, Najwan Halimi berkata, berdasarkan statistik menunjukkan jumlah peminjam bagi program tersebut adalah seramai 58,885 orang dengan 87,089 pembiayaan dikeluarkan atau bernilai keseluruhan RM780juta.

“Setakat ini, 78 peratus telah membayar balik pinjaman dan bakinya 22 peratus peminjam masih berdegil.

“Daerah paling tinggi di kalangan peserta yang tertunggak pembayaran adalah Petaling iaitu RM37.8 juta diikuti Hulu Langat (RM25.7 juta), Gombak (RM18.2 juta) dan Klang (RM12.7 juta) sehingga 30 September lalu,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Terdahulu, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (PN – Sijangkang) meminta kerajaan negeri menjelaskan status terkini program Hijrah Selangor dan jumlah terkini peminjam serta hutang tertunggak mengikut daerah.

Najwan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik menegaskan, kerajaan negeri mempunyai perancangan dalam mengkaji semula beberapa sudut bayaran dan mengenai pasti kelompongan dari segi kutipan.

“Cadangan Sijangkang ( kaedah bayaran pinjaman secara berkelompok ) dan mengemukakan kepada Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah),” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI