fbpx

‘Datuk botak’ dalang utama 4 Ahli Parlimen PN sokong Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Fayhsal ketika sidang akhbar di Parlimen hari ini.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa terdapat seorang individu berpangkat Datuk menjadi dalang utama memujuk empat Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional untuk beralih arah menyokong pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Ahmad Fayhsal menerusi satu sidang akhbar di Parlimen hari ini berkata, perkara itu terbukti menerusi satu video tular yang diterima pihaknya baru-baru ini.

“Terdapat satu video menunjukkan identiti seorang lelaki botak yang memainkan peranan untuk menyogok dan mengugut Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong Perdana Menteri ke-10,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan wujud unsur habuan, umpan atau ugutan susulan tindakan beberapa Ahli Parlimen dari PN mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Katanya, laporan itu dibuat oleh Armada Bersatu pada tengah malam tadi, manakala laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyusul dalam masa terdekat.

Jelas Wan Ahmad Fayhsal, laporan polis itu membuktikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengelirukan Dewan Rakyat apabila memberitahu tiada laporan dibuat sebelum ini.

“Menteri telah mengelirukan dewan kerana mengatakan tiada kes laporan sebab tu saya bangun dan sanggah kerana laporan polis telah dibuat Exco Armada pukul 12 pagi tadi di Balai Polis Dang Wangi.

“Kita minta pihak polis siasat dan ini bukan laporan palsu dan saya kecewalah dengan jawapan menteri tadi kerana dia penuh yakin tidak ada laporan polis.

“Saya hairan pegawai dia tidak buat kerja ke? Sedangkan dalam sistem sudah masuk dalam sistem pukul 1 pagi tadi,” katanya.

Terdahulu, Saifuddin berkata, tiada satu pun laporan polis atau SPRM dibuat atas dakwaan wujudnya unsur habuan, umpan dan ugutan terhadap Ahli Parlimen pembangkang yang menyokong Perdana Menteri.

Ujarnya, maklumat itu adalah terkini, yang diperoleh pada pagi ini.

Begitupun, tegasnya, sekiranya terdapat laporan berkaitan isu tersebut, kerajaan akan bertindak secara profesional bagi menguruskan laporan itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI