fbpx

Daro kini terkenal satu Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda arah ke Daro.

PETALING JAYA – Daro yang terletak di bahagian Mukah, Sarawak tidak semena-mena menjadi popular gara-gara tular kisah seorang lelaki didakwa ditipu tunangnya yang berasal dari daerah tersebut.

Malah, tinjauan menerusi media sosial Facebook menunjukkan, Daro antara carian popular pada masa ini selain nama pemilik akaun yang membuat hantaran didakwa ditipu wanita tersebut.

Selain itu, Facebook Sarawak Viral News turut memuat naik papan tanda arah menuju ke Daro berserta kapsyen, ‘famous (popular) papan tanda ya. Satu Malaysia tahu’.

Berikutan itu, ramai yang meninggalkan komen berjenaka susulan kisah tular itu yang turut dikaitkan dengan daerah dan pekan Daro sehingga dikenali rakyat Malaysia terutama penduduk Semenanjung.

“Mahal papan tanda ya RM30,” komen Jemoris Jelia II.

“Lepas ini ramai lah orang nak datang ke Matu dan Daro,” kata Martiny Mohamad.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki meluahkan rasa terkilan mendakwa ditipu oleh tunangnya apabila wanita itu bertindak menghilangkan diri pada hari sepatutnya mereka bernikah, 10 November lalu.

Menerusi perkongsian lelaki itu di Facebook, lebih menyakitkan hatinya ialah wanita yang disangka seorang gadis sunti itu sebenarnya adalah isteri orang dan telah mempunyai dua orang anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI