fbpx

Bekalan air Perak-Pulau Pinang ambil masa 6 ke 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tengah) ketika menghadiri majlis perasmian Majlis Jawatankuasa 2023-2026 Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Pengguna air di Pulau Pinang mungkin dapat menerima bekalan air terawat dari Perak dalam tempoh enam hingga ke 10 tahun lagi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek itu boleh dijalankan secara berfasa memandangkan di bahagian Utara Perak turut mempunyai keperluan bagi memperoleh bekalan air untuk tujuan pertanian.

“Projek ini dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya enam hingga 10 tahun tetapi ia boleh dilaksanakan secara berfasa.

“Ini kerana Perak di bahagian utara ada keperluan (air) untuk kegunaan pertanian, dan tambahan pula pengumuman bahawa Utara Perak dipilih menjadi hub industri yang baharu,” katanya selepas majlis perasmian Jawatankuasa Jawatankuasa 2023-2026 Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) di sini, hari ini.

Kerajaan Perak dilaporkan bersetuju menjual air terawat kepada Pulau Pinang selepas perbincangan antara kedua-dua Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan, mencapai kata sepakat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata sebuah jawatankuasa bersama ditubuhkan kedua-dua kerajaan negeri untuk mengkaji segala kos sebelum proses memohon peruntukan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi pembinaan loji rawatan air di daerah Kerian, utara Perak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI