fbpx

Adik bongsu mula kerja, kakak intai dari jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian yang dimuat naik @sopheakay.

PETALING JAYA – Seorang kakak terharu apabila adik bongsunya buat pertama kali bekerja dengan merakamkan video serta ‘curi-curi’ melihat tugasan adiknya dari jauh.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di media sosial @sopheakay, kakak sulung itu berasa susah hati kerana ia merupakan hari pertama adik bongsunya bekerja di situ.

Difahamkan, ketika kejadian adiknya dilihat sibuk menguruskan restoran manakala adik-beradiknya yang lain memerhati dari luar.

Tambah Sophea, dia mempunyai enam adik beradik dan kesemuanya perempuan dan disebabkan itu, hubungan mereka sangat rapat walaupun jarak usia mereka berbeza.

“Adik bongsu kami baru 18 tahun dan kakak sulung kami 44 tahun, perbezaan umur agak jauh.

“Sebenarnya kakak kami tidak yakin untuk beri kebenaran kepadanya untuk bekerja. Jadi apabila kami melihat dia boleh mengendalikannya untuk hari pertama, kami terharu,” jelas Sophea.

Selain itu, Sophea menyifatkan adik bongsunya sebagai seorang yang introvert tetapi disebabkan keinginannya untuk bekerja, mereka bangga melihat adiknya itu sudah berdikari.

Reaksi kakak sulung itu membuatkan ramai netizen terharu dan kebanyakannya faham akan perasaan itu.

“Dalam hati kakak mesti terdetik yang adiknya sudah besar. Saya tengok pun nak menangis sebab boleh faham perasaan itu,” komen Sue Yanie.

“Saya masih ingat masa mula-mula saya nak bekerja, ibu bapa saya sangat teruja sebab nak teman sekali,” tulis @jrome5011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI