fbpx

43 mangsa banjir di Malau dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM melakukan operasi memindah mangsa banjir di Malau, dekat Jitra malam tadi. -Foto APM

JITRA – Seramai 43 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (PPS) Sekolah Kebangsaan Malau, dekat sini selepas rumah mereka dilanda banjir sejak petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, PPS tersebut dibuka pada pukul 10.25 malam tadi.

“Seramai 43 orang ditempatkan di PPS SK Malau sehingga pukul 7.30 pagi ini,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kejadian banjir berlaku kira-kira pukul 5 petang semalam melibatkan Kampung Paya Tok Keong, Kampung Paya Tok Teh dan Kampung Biak.

“Kawasan tersebut dinaiki air setelah hujan lebat berterusan melebihi tiga jam di daerah Kubang Pasu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI