fbpx

12 pengunjung pusat hiburan di Lebuh Chulia positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
12 pengunjung sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia di sini ditahan selepas didapati positif dadah, awal pagi semalam.

GEORGE TOWN – Seramai 10 lelaki termasuk dua warga Indonesia serta dua wanita ditahan polis di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia di sini selepas didapati positif dadah, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, menerusi Operasi Pusat Hiburan yang bermula pukul 1 pagi itu, seramai 67 orang termasuk 25 wanita yang berada di pusat hiburan tersebut telah diperiksa.

“Daripada 67 pengunjung termasuk 26 warga asing yang diperiksa, seramai 12 daripada mereka didapati positif dadah.

“Kesemua pengunjung yang positif dadah termasuk dua wanita ini berusia 19 hingga 50 tahun dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI