fbpx

[VIDEO] Tapir jantan 300kg mati dilanggar kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tapir yang mati di Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Seekor tapir jantan dewasa seberat kira-kira 300 kilogram (kg) ditemui mati kira-kira pukul 9 pagi tadi dipercayai dilanggar kenderaan di Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan Puncak Alam di sini, hari ini.

Sumber berkata, pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan bagi membantu mengangkat bangkai tapir tersebut.

“Haiwan itu terpaksa diangkat beramai-ramai menggunakan hos air yang diikat berikutan terlalu berat. Bangkai berkenaan kemudian dimasukkan ke dalam kenderaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial selepas bangkai haiwan tersebut disedari beberapa pengguna jalan raya yang mengesyaki ia mati akibat dilanggar kenderaan pada sebelah malam.

Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia menerusi laman Facebook (FB) memaklumkan kemalangan maut melibatkan tapir di Persiaran Mokhtar Dahari bukan kali pertama dan pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.

“Ini amat merugikan apabila negara hilang khazanah berharga yang sememangnya semakin pupus. Pembukaan hutan tidak terkawal satu punca utama habitatnya mengecil, terganggu dan ketiadaan punca makanan mencukupi,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI