fbpx

[VIDEO] Ribut jejaskan 40 buah rumah di Taman Meru 2C

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kemusnahan harta benda penduduk Taman Meru 2C di Ipoh akibat angin kencang dan hujan lebat hari ini.

IPOH – Beberapa buah rumah di Taman Meru 2C di sini dilaporkan mengalami kerosakan akibat angin kencang serta hujan lebat yang melanda di kawasan berkenaan sekitar pukul 4 petang tadi.

Menurut hantaran serta perkongsian video beberapa pengguna Facebook, kerosakan nyata dapat dilihat melibatkan sebilangan rumah penduduk di taman berkenaan, antara atap yang tercabut serta binaan anjung runtuh.

Pengguna bernama Arrow Mohd Salleh berkata, rumah mentuanya di Taman Meru 2C dilanda angin kencang antara pukul 4 hingga 5 petang tadi sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada kediaman tersebut.

“Kepada warga Meru dan juga wakil rakyat serta Ahli Parlimen, datanglah menjenguk para penduduk yang terkesan dengan ribut ini, yang mengakibatkan kerosakan begitu banyak dari segi rumah dan harta benda.

“Mohon kepada YB Hafez Sabri dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim datang dan melibat mereka ini yang berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen anda. Keadaan ini di luar jangkaan kita,” katanya.

Sementara itu, Sekretarian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, kira-kira 40 buah rumah terjejas dalam kejadian yang diakibatkan oleh hujan lebat berterusan selama dua jam tersebut, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI