fbpx

Trafik sesak 6.5km di Lebuh Raya Utara-Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aliran trafik tinggi di Kilometer 348.4 di Lebuh Raya Utara-Selatan, petang ini

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih sesak petang ini berikutan orang ramai pulang ke kediaman masing-masing selepas perayaan Deepavali.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, ia melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Senai-Desaru.

“Trafik sesak sejauh 6.5 kilometer (km) di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Sungkai ke Bidor disebabkan kemalangan di KM348.4 yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

“Kemalangan turut berlaku di KM257.8 arah utara dari Senawang ke Port Dickson, Negeri Sembilan menyebabkan trafik bergerak perlahan,” kata LLM hari ini.

Turut mengalami kesesakan di Lebuh Raya Senai-Desaru iaitu dari arah Plaza Tol Penawar ke Jambatan Sungai Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI