fbpx

Tiga penjawat awam bersekongkol culik, peras ugut warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai enam individu termasuk tiga penjawat awam diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kes penculikan serta peras ugut seorang warga asing.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak menerima laporan pada Rabu lalu daripada warga asing yang menyatakan bapa saudaranya meminta membawa sejumlah wang untuk menyelamatkannya.

Menurutnya, pengadu turut menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang melarangnya membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dan pegawai IPD Gombak menahan tiga lelaki yang juga penjawat awam dalam operasi pukul 9.30 malam di kawasan Lembah Klang.

“Selain tiga penjawat awam ini, kita menahan tiga orang awam. Polis kini sedang mengesan tiga lagi suspek yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

“Polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus dan adil tanpa melindungi mana-mana pihak. Justeru itu, mohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI