fbpx

Tahan kereta, bakar mercun atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar sebuah video tular memaparkan beberapa individu memberhentikan kenderaan dan membakar mercun di atas jalan raya di Kuala Sawah, Rantau di sini semalam. FOTO : IHSAN FACEBOOK.

SEREMBAN – Pihak polis sedang mengesan individu yang kelihatan sedang membakar mercun di dalam rakaman video tular di media sosial Facebook dalam kejadian di atas jalan raya Kuala Sawah, Rantau di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superitendan Mohd. Rosli Ishak berkata, siasatan mendapati satu laporan polis telah diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957 iaitu tindakan sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat menyebabkan bahaya kepada nyawa dan harta benda.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

“Terdahulu, pada 12 November 2023 (semalam) telah terkesan satu video tular di aplikasi Facebook milik pengguna ‘Negeri Sembilan Kini’ berdurasi 54 saat mengenai perbuatan membakar mercun di atas jalan raya Kuala Sawah, Rantau,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Video itu memaparkan beberapa individu memberhentikan trafik atau kenderaan dan kemudian membakar mercun di tengah jalan raya yang boleh menimbulkan bahaya kepada orang awam.

Jelas Mohd. Rosli, pihak polis ingin menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Nur Asma Zafira Mohd. Yusop di talian 013-2386281 atau 06-6033222 untuk membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI