fbpx

‘Saya sayang UMNO yang ditubuhkan pada 1946, bukan UMNO sekarang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir di siaran podcast Keluar Sekejap.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan dia tidak lagi menyayangi parti UMNO seperti kepimpin parti yang ditubuhkan pada tahun 1946.

Beliau berkata demikian ketika disoal adakah beliau masih menyanyi parti itu ketika di siaran podcast Keluar Sekejap kendalian bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

“Bukan UMNO sekarang, saya sayang UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 yang berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Itu UMNO, yang ada sekarang ini bukan UMNO,” katanya.

Beliau turut mengkritik kepimpinan terkini yang dikatakan berlandaskan kepentingan individu.

“Saya dapati bahawa yang penting bagi Zahid Hamidi ialah dia terlepas daripada dibicara dan dia sebagai Timbalan Perdana Menteri tiba-tiba AG (Peguam Negara) tarik balik tuduhan.

“AG kalau mahu tarik balik tuduhan pun sepatutnya pergi ke mahkamah bagitahulah kepada hakim kenapa dia mahu tarik balik, ini dia tidak beritahu,” katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir turut menjelaskan punca beliau menegur beberapa kepimpinan UMNO seperti ini termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Datuk Seri Najib Razak.

“Kerana mereka buat yang bertentangan dasar perjuangan UMNO, saya menentang Tunku kerana setelah kita merdeka dia tidak buat apa-apa untuk bantu orang Melayu.Sebab itu saya tegur, walaupun saya pada masa itu bukanlah ketua apa-apa.

“Cuma di Kedah sahaja, bila pemimpin buat sesuatu yang saya berpendapat tidak menepati janji-janji parti, saya terpaksa tegur dan ambil tindakan. Berkenaan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dia janji tetapi tidak buat.

“Kemudian Najib, saya sokong Najib 100 peratus tiba-tiba dia datang dengan idea ‘Cash is King’, rasuah itu boleh diterima. Saya tidak boleh terima,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI