fbpx

Ramai cemburu pengantin terima kalungan wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa tetamu dilihat memakaikan kalungan wang ke leher pasangan mempelai secara bergilir-gilir. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sepasang pengantin baharu di Madura, wilayah Jawa Timur menerima beberapa kalungan wang kertas bernominasi 50,000 rupiah (RM14.98) dan 100,000 rupiah (RM29.95) sebagai hadiah daripada keluarga, lapor laman berita Wolipop semalam.

Dalam video tersebut, beberapa tetamu dilihat memakaikan kalungan wang ke leher pasangan mempelai secara bergilir-gilir.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Matus, situasi seperti itu sering terjadi di Madura disebabkan amalan tradisi penduduk pulau berkenaan.

“Di sini, amalan seperti itu sudah biasa berlaku, tiada yang aneh. Namun, saya tidak mengetahui jumlah wang yang dikalungkan itu.

“Kalungan wang itu dianggap pemberian daripada saudara-mara dan rakan-rakan,” kata jurusolek merangkap juruhias pelamin tersebut.

Video itu menjadi tular di platform TikTok dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Kalau tidak silap, mengikut adat di Madura, tuan rumah akan mengumumkan jumlah wang yang disedekah di dalam sampul. Jadi, semua orang berlumba-lumba mahu memberi wang yang banyak,” kata seorang netizen.

“Terus bawa pulang modal (belanja) majlis tiga kali ganda,” kata pengguna lain. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI