fbpx

Pembakar mercun ‘bazooka’ kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar suspek menyalakan bunga api pada kereta Proton Waja, semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas perbuatannya menyalakan bunga api pada kereta bergerak di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 14 saat itu di Instagram Kosmo! sekitar pukul 8.30 malam.

“Hasil semakan mendapati video tersebut dengan jelas memaparkan perbuatan berbahaya individu berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, kita berjaya menahan suspek berusia 31 tahun di kedai majikannya pada pukul 12 tengah malam serta merampas sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, pekerja kedai sayur itu tidak mempunyai lesen memandu manakala kenderaan yang digunakan adalah milik majikannya.

Suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau dan direman selama empat hari di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul bagi membantu siasatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu kesalahan yang menyebabkan letupan dengan niat mendatangkan bahaya kepada nyawa atau harta benda.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian ibu negara.

“Sebarang maklumat berkenaan insiden ini boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206,”tegasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI