fbpx

Murid jadikan tandas sekolah sebagai tempat cari kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan murid-murid sebuah sekolah di Beijing. - Foto AFP

BEIJING  – Pelajar sekolah rendah di seluruh China menjadikan tandas untuk berinteraksi dengan rakan-rakan selepas mereka dilarang melakukan aktiviti di luar bilik darjah pada waktu rehat, lapor portal berita South China Morning Post semalam.

Larangan melakukan aktiviti di luar bilik darjah itu dikuatkuasakan oleh pihak pentadbiran sekolah kerana bimbang murid-murid mendapat kecederaan. Ia mencetuskan perdebatan sengit di China dan kini menjadi topik trending di internet.

Seorang guru dari wilayah Shandong di timur China bernama Zhang memberitahu portal berita Jiupai News bahawa bermain di luar bilik darjah semasa rehat boleh menyebabkan kemalangan dan kerap mengundang aduan ibu bapa.

Anak lelakinya berkata, dia telah berkawan dengan beberapa orang ketika berada di dalam tandas.

“Kami tidak dibenarkan bercakap di dalam kelas. Jadi, kami mengatur untuk pergi ke tandas bersama-sama. Di sana, kami berbual, bermain permainan dan juga menyeludup makanan ringan,” katanya.

Menurut portal berita ifeng.com, seorang murid Darjah Tiga dikenali sebagai Zitiang memberitahu ibu bapanya, dia dilantik sebagai pengarah tandas dan ditugaskan menangkap mereka yang bercakap selepas menggunakan tandas.

Ketegasan peraturan tidak berperikemanusiaan itu telah mengejutkan dan membimbangkan ramai netizen di media sosial China. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI