fbpx

MotoGP: Marini calon Honda ganti Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARINI dilaporkan menjadi pilihan Honda untuk menggantikan Marquez musim depan. - AFP

SEPANG – Pasukan Repsol Honda dikatakan telah menemui pengganti selepas Marc Marquez meninggalkan mereka pada penghujung musim ini dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Pelumba VR46, Luca Marini dikatakan bersedia menyertai Repsol Honda selepas Grand Prix (GP) Valencia apabila beberapa pertemuan serta perbincangan telahpun dibuat.

Bagaimanapun, segala keputusan rasmi masih belum diputuskan lagi kerana terdapat lagi beberapa perbincangan akhir sebelum pasukan Jepun itu mengikat kontrak dengan Marini.

Pengarah pasukan Mooney VR46, Uccio Salucci berkata, dia percaya bahawa Marini serius untuk mempertimbangkan menyertai pasukan Repsol Honda.

“Apa yang boleh saya katakan ialah kedua-dua pihak bersetuju. Luca Marini akan pergi ke Repsol.

“Kami berharap keputusan rasmi akan dibuat tidak lama lagi, kerana kami perlu bersedia untuk ujian di Valencia nanti,” kata Salucci.

Ketika ini, ketua pasukan Honda, Alberto Puig mengakui terdapat tiga calon yang berpotensi untuk mengisi pasukan utama Honda bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan juara dunia lapan kali, Marquez.

Fabio Di Giannantonio, Pol Espargaro dan Marini antara yang dikatakan telah dihubungi Honda.

Bagaimanapun, Espargaro mengakui ada melakukan perbincangan dengan Puig namun memutuskan untuk kekal menjadi pelumba uji bersama pasukan KTM musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI