fbpx

Minat Britney Spears, Shila jawab isu tiru lagu Siti Nordiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIDAK tiru, Shila menjelaskan lagu Baby One More Time dipilih kerana sangat meminati Spears.

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah mendedahkan Britney Spears merupakan idolanya sekali gus menjadi sebab utama memilih lagu Baby One More Time pada konsert minggu kelima Famili Duo 3 semalam.

Perkongsian Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 33, tersebut juga menjawab dakwaan dia sengaja memilih lagu milik Britney Spears yang turut didendangkan oleh penyanyi, Siti Nordiana pada konsert All Star Gegar Vaganza (GV10) semalam.

“Saya memang minat Spears, sebab memang tema minggu ini ialah idola,” jawabnya ringkas terhadap komen netizen yang mempersoalkan isu pemilihan lagu tersebut.

Menerusi hantaran sama, pelantun Memori Tercipta itu berkata sudah meminati Spears sejak zaman kanak-kanaknya.

“Anda tidak boleh bayangkan bahawa saya sangat meminati Spears dan terlalu suka cara dia membuat persembahan di pentas.

“Hanya Spears yang saya minati sejak zaman kanak-kanak. Syukur saya boleh gerakan tarian signaturnya (persembahan semalam).

“Walaupun ada yang tidak suka namun saya sangat seronok kertika membuat persembahan,” ujarnya.

Meskipun seronok, persembahan Shila dan adik lelakinya, Syahir Amzah bagaimanapun mendapat kritikan ‘pedas’ daripada juri tetap iaitu Mas Idayu.

Mas Idayu berpendapat Syahir tidak mempunyai bakat dalam nyanyian selain kurang memberi impak dalam persembahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI