SAUDARA PENGARANG,
Sejak merdeka, kerajaan telah menganugerahkan pingat keberanian kepada sebahagian anggota polis dan tentera seperti Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB).
Namun, ada antara mereka yang telah meninggal dunia dan ada yang masih hidup sehingga sekarang.
Apa yang saya ingin cadangkan, sebelum mereka ‘pergi’, elok rasanya kerajaan menganugerahkan gelaran Datuk atau seumpamanya kepada penerima-penerima pingat SP dan PGB yang masih hidup.
Kita sering memberi penghormatan dengan gelaran Datuk kepada artis, atlet, aktivis sosial dan lain-lain tetapi janganlah kita ketinggalan dari memberi penghormatan sedemikian kepada wira-wira negara yang telah bergadai nyawa demi keamanan dan kesejahteraan kita semua.
Seperti disebut dalam bahasa Inggeris, It is the least a grateful nation can do to honour their services (Ia adalah perkara terhebat dilakukan untuk menghargai perjuangan mereka).
Rahman Ariffin
Shah Alam