fbpx

Luahan Pembaca: Meluat tengok orang merokok di kantin Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA kantin tidak menghiraukan larangan merokok di Putrajaya hingga mengganggu kententeraman orang lain. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

Premis kerajaan telah pun diwartakan sebagai tempat larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau sejak 2004.

Kawasan larangan merokok di premis kerajaan adalah merangkumi keseluruhan kawasan di dalam kepungan pagar, sempadan tanah dan pejabat di Putrajaya.

Namun demikian, masih lagi terdapat penjawat awam malahan pekerja kantin warga asing di premis kerajaan yang masih merokok secara sembunyi di kawasan tangga, luar bangunan, tandas dan tempat-tempat tersorok.

Hasil pemerhatian saya, pekerja kantin tersebut berani berbuat demikian kerana mungkin tidak menyedari kesalahan merokok di premis awam.

Sudah tiba masanya Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pemeriksaan rawak dan mengejut di premis dan jabatan kerajaan di sekitar Putrajaya kerana masih ada mereka yang berdegil melakukan kesalahan tersebut.

Ini memberi imej buruk kepada keseluruhan Perkhidmatan Awam bak kata pepatah kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga.
Berdasarkan statistik, seramai 4,529 dikompaun dan 1,230 bilangan kompaun di Putrajaya atas kesalahan merokok.

Saya juga berharap KKM dapat ditambah bagi meningkatkan lagi operasi pemantauan dan penguatkuasaan.

Tengku Zarina Tengku Rejab
Banting

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI