fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis bom rumah penduduk, 13 terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri melihat kemusnahan sebuah rumah dari balkoni selepas dibom askar Israel di Khan Yunis, semalam. – AFP

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin terbunuh manakala 25 yang lain cedera dalam serangan udara askar Israel di selatan Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Anadolu semalam.

Askar Rejim Zionis mengebom sebuah rumah di  Bani Suheila, bandar Khan Yunis, demikian menurut beberapa sumber perubatan.

Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh serta 25 yang lain cedera dalam serangan udara ke atas rumah keluarga Al-Najjar itu.

Tentera Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza yang menyasarkan hospital, kediaman dan rumah ibadat sejak 7 Oktober lalu.

Angka kematian penduduk Palestin telah melepasi 11,100 orang setakat ini termasuk 8,000 kanak-kanak dan wanita, demikian menurut pejabat media pentadbiran Gaza semalam. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI