fbpx

Konflik Palestin-Israel : Lopak air buat hilang dahaga penduduk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Wissam di laman Instagram

PETALING JAYA – Krisis kemanusiaan terus berpanjangan di Gaza hingga memaksa penduduk Palestin mengambil sumber air daripada lopak yang ada di jalan raya.

Berdasarkan satu hantaran dari jurufoto Gaza, Wissam Nassar di laman Instagramnya, penduduk tersebut dilihat mencedok air kemudian memasukkan ke dalam tong demi kelangsungan hidup mereka.

Kejadian menyayat hati tersebut juga tular di laman sosial menerusi video berdurasi 15 saat itu.

Difahamkan, keadaan Gaza semakin tenat dan penduduknya sukar mendapatkan bekalan air bersih sahingga terpaksa minum air masin untuk bertahan.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai turut bersedih dan bersimpati dengan nasib rakyat Palestin tersebut.

“Ya Allah, sucikanlah air yang dia ambil. Janganlah jadikan ia mudarat jika diminum,” kata Yanie Shazz.

“Ini tidak boleh diterima, ini kejam dan tidak berperikemanusiaan,” kata seorang pempengaruh, Won Ho Chung.

Bahkan ada seorang lagi pengguna laman sosial bertanyakan keberadaan pemimpin-pemimpin dunia ketika ini.

“Sampai bila dunia nak terus lihat? Allahuakbar. Mana pemimpin dunia?,” rayu Kak Lin.

“Sebaknya melihat penderitaan saudara di Palestin. Kuatnya jiwa mereka. Ya Allah, lindungilah saudara di Palestin,” komen Inara Medina. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI