fbpx

Kemaman kubu kuat UMNO – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid mengangkat tangan bersama Raja Mohamed Affandi pada Majlis Pengumuman Calon BN PRK P.040 Kemaman, hari ini. Foto oleh MOHD. FARIZWAN HASBULLAH/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin dapat menawan kembali Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan menyifatkan kawasan tersebut sebagai kubu kuat UMNO.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, kekalahan BN di parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu adalah disebabkan naratif fitnah yang dimainkan pihak lawan.

“Biarpun BN tidak cukup 27,000 undi untuk menduduki kerusi Parlimen Kemaman. kita merasakan bahawa Kemaman bukan kubu kuat Pas dan ia adalah kubu kuat UMNO.

“Namun disebabkan terjahan isu fitnah dan juga simbahan kebencian terhadap UMNO khususnya BN serta penggunaan sumber kewangan luar biasa menyebabkan kita kekurangan undi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Pengumuman Calon BN PRK P.040 Kemaman di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut mengumumkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Jeneral Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calon BN sempena PRK Parlimen Kemaman.

PRK Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya negeri (PRN) membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember, manakala hari penamaan calon pada 18 November ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI