fbpx

‘Jamu air herba, bukannya tambah lagi gula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KURANGKAN gula dalam makanan untuk elak diabetes.

GEORGE TOWN – Masyarakat India di negara ini disaran mengurangkan kandungan gula dalam juadah Deepavali terutama biskut raya berikutan makanan itu dikatakan sudah mengandungi bahan manisan iaitu gula pasir dan susu pekat.

Pegawai Pendidikan Kanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow berkata, ini kerana daripada 3.6 juta orang dewasa Malaysia yang menghidap diabetes, 25.10% adalah kaum India.

Menurutnya, angka tersebut sememangnya membimbangkan komuniti kecil itu yang mana kaum India dikatakan gemar menikmati lebih banyak biskut manis semasa perayaan Deepavali.

“Memandangkan kebanyakan kuih raya Deepavali mengan­dungi gula putih dan susu pekat yang tinggi, sudah tiba masa yang sesuai untuk mereka kurangkan makan biskut, selain menghentikan penambahan gula putih dalam juadah Deepavali.

“Anggaran 25.10 peratus kaum India di Malaysia menghidap diabetes adalah sangat menyedihkan buat CAP.

“Jadi, CAP menyarankan pengguna atau tuan rumah menyediakan minuman herba yang sihat daripada membeli minuman ringan yang manis,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu katanya, rak­yat Malaysia mengambil 26 sudu teh gula setiap hari berbanding dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu lima sudu teh setiap hari.

“Hampir 15.2 peratus orang dewasa Malaysia menghidap diabetes pada tahun 2011 berban­ding hanya satu hingga dua peratus pada tahun 1960.

“Malaysia adalah negara teratas di ASEAN yang mempu­nyai jumlah penghidap diabetes ­tertinggi dan jumlahnya terus meningkat pada kadar yang membimbangkan,” ujarnya.

Justeru, CAP menyarankan agar semua pengguna di Malaysia mengamalkan gaya hidup yahng sihat dengan mengurangkan kadar gula dalam makanan seharian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI