fbpx

Ibu tunggal pilu rumah sewa ditenggelami bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Razak membersihkan rumahnya di Kampung Sentosa Damai, Pasir Gudang yang dinaiki air

PASIR GUDANG – Impian seorang ibu tunggal memulakan hidup baharu dengan berpindah ke Kampung Sentosa Damai, di sini berdepan laluan berliku apabila rumah sewanya dilanda banjir kilat, petang semalam.

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Elin, 40, dia tidak sempat menyelamatkan barangan rumah seperti perabot dan perkakas rumah berikutan air naik dengan pantas.

“Air naik hampir setengah meter dalam masa singkat, saya tidak sempat alihkan perabot dan perkakasan rumah. Kami diarahkan berpindah segera ke surau berdekatan pada pukul 8 malam tadi.

“Setelah air surut pagi tadi, saya lihat rumah diselaputi tanah dan lumpur, barangan elektrik semua rosak dan tidak boleh digunakan lagi,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Surau Al-Muazakkir Kampung Sentosa Damai, di sini hari ini.

Elin yang bekerja sebagai tukang masak menetap di kampung itu bersama anak lelakinya berusia enam tahun sejak dua bulan lalu. Sebanyak 10 mangsa banjir melibatkan tiga keluarga dipindahkan ke surau tersebut yang dijadikan PPS.

Sementara itu, Ahmad Abdul Hamid, 48, pula berkata, sungai dan parit terlalu kecil menjadi punca banjir dan ini bukan kali pertama kejadian banjir berlaku di kawasan tersebut tahun ini.

“Kejadian ini diburukkan lagi dengan tembok parit yang rendah dan apabila air terlalu banyak akan melimpah ke pekarangan rumah. Sudah tiga kali banjir kilat berlaku dalam tahun ini,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI