fbpx

Hotel Langkawi laku di sebalik isu ‘cekik darah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNJUNG meluangkan masa beriadah di Pantai Chenang, Langkawi. - GAMBAR HIASAN

ALOR SETAR – Lebih 50 peratus tempahan penginapan hotel di Langkawi telah diterima dalam tempoh dua minggu sepanjang cuti perayaan Deepavali ini.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah dan Perlis, Eugene Dass berkata, peratus tempahan tersebut dijangka me­lonjak lagi menjelang cuti sekolah hujung tahun ini.

Ujar beliau, ia jelas membuktikan bahawa industri pelanco­ngan dan perhotelan di Langkawi masih relevan dan mendapat tempat di hati pelancong.

“Berdasarkan tinjauan, kebanyakan hotel di sekitar pekan Kuah telah mendapat tempahan lebih 50 peratus.

“Namun begitu, saya tidak menafikan bahawa tempahan kini tidak semeriah sewaktu sebelum pandemik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, trend kemasukan pelancong ke Langkawi juga adalah bergantung kepada musim percutian dan di luar musim.

“Penginapan hotel turut me­ngalami ‘peak’ dan ‘low season’ bermakna ada masa dipenuhi pelancong dan ada ketika le­ngang. Langkawi tidak terkecuali, kebiasaannya bulan Ogos, September dan Oktober adalah ‘low season’,” ujarnya.

“Kebiasaannya setiap kali musim cuti, pihak pengusaha hotel akan menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik

“Ini bukan perkara baharu memandangkan ini adalah inisiatif untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pilihan percutian keluarga,” ujarnya.

Kosmo! pada Selasa lalu me­laporkan, kehadiran pelancong ke Langkawi semakin merosot kerana didorong tindakan orang ramai yang lebih memilih Hatyai di Thailand untuk bercuti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI