fbpx

Gambar selepas bersalin aktres Taiwan cetus kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAXINE Chi bersama bayi perempuannya di sebuah hospital di Kanada baru-baru ini. – AGENSI

TAIPEI –  Penyanyi dan aktres popular Taiwan, Maxine Chi kali pertama bergelar ibu berikutan kelahiran bayi perempuan pertamanya baru-baru ini, lapor laman berita Thaiger. 

Chi dan suaminya berlepas ke Kanada sebulan sebelumnya untuk membuat persiapan menyambut kelahiran tersebut. 

Penyanyi Taiwan itu menyiarkan gambar pertama selepas bersalin, menunjukkan dia memeluk bayi perempuannya di dada tanpa memakai pakaian sekali gus mencetuskan kontroversi di internet.

Gambar intim selepas bersalin itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen Taiwan.

Ada antara mereka mengkritik Chi kerana menunjukkan dada yang terdedah dalam gambar itu. Mereka mempersoalkan kenapa dia perlu berbogel semasa melahirkan anak.

Bagi menjawab komen negatif netizen, Chi berkata, dia bukan berbogel sepenuhnya, tetapi doktor dan jururawat di hospital mencadangkan sentuhan kulit ke kulit sebaik selepas melahirkan anak.

Menurut alasan perubatan, langkah itu membantu bayi lebih mengenali  ibunya dan merasai pengalaman sentuhan ibu sejurus selepas kelahiran.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI