BANGKOK – Dua lelaki mencuri kabel internet dan mengakibatkan gangguan sambungan internet untuk sebuah rumah di Pattaya, lapor portal berita The Pattaya News hari ini.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Too berkongsi insiden itu dengan berkata, dua lelaki warga Thailand berusia antara 30 hingga 40 tahun menyasarkan kediamannya di daerah kecil Nongprue, wilayah Chonburi.
Insiden berlaku awal pagi kelmarin pada jam 3.35 pagi (waktu tempatan).
Kedua-dua pencuri itu yang tiba dengan menaiki sebuah motosikal memanjat dinding di sebelah rumah Too dan terus memotong kabel internet menyebabkan kehilangan sepenuhnya isyarat internet untuk kediamannya.
Mereka segera melarikan diri dan meninggalkan wayar bertaburan di atas tanah. – AGENSI