fbpx

Cuti Deepavali habis, trafik di semua lebuh raya mula perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik sesak sempena perayaan Deepavali tiga hari lepas

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti Deepavali berakhir esok.

Menurut laporan di laman rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di aplikasi X, pertambahan kenderaan di Karak menyebabkan trafik perlahan dari KM 31.0 hingga Tol Plaza Gombak.

Sementara itu, situasi sama turut berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS-E2).

“Trafik perlahan dari Pedas Linggi ke Seremban dan dari arah Bukit Gambir ke Tangkak.

“Aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS-E1) arah utara iaitu dari kawasan rehat dan rawat (RnR) Tapah ke Bidor dan Simpang Pulai ke Gopeng,” katanya.

“Pandu berhati-hati dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

“Pastikan baki kad dan e-wallet mencukupi. Hubungi talian LPT di 1-700-818-700 untuk sebarang kecemasan,” pesannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI