fbpx

Cuaca cerah hampir di semua negeri, pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia dapat menjangkakan cuaca baik hampir di seluruh negeri, pagi ini.

Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), di semenanjung, hujan lebat diramal berlaku di Tumpat, Kota Bharu dan Bachok, Kelantan.

“Manakala di Sarawak, cuaca buruk diramal melanda kawasan Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song).

“Di Sabah, hujan lebat, angin kencang dan ribut petir dijangka berlaku di Sandakan (Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” katanya dalam hantaran sama.

Tambah MetMalaysia, ramalan cuaca tersebut sah sehingga pukul 1 tengah hari, hari ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI