fbpx

Bahu Nina hampir putus tersepit mesin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Darah mangsa kelihatan pada mesin pengisi botol air minuman di sebuah kilang di Lot 7837 Desa Senadin Fasa 9, Miri pagi tadi.

MIRI – Seorang wanita warga Indonesia hampir putus tangan kanan akibat tersepit di mesin pengisi botol air minuman di sebuah kilang di Lot 7837, Desa Senadin Fasa 9, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pukul 11 pagi tadi dan segera menggerakkan anggota ke lokasi.

Bagaimanapun, katanya, setiba di lokasi pihaknya mendapati mangsa telah dibawa ke hospital oleh pekerja kilang berkenaan.

“Kami dimaklumkan tangan kanan mangsa hampir putus sehingga ke bahagian bahu,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Susulan itu, Henry berkata, pihaknya hanya mengambil maklumat mangsa di tempat kejadian, yang dikenali sebagai Nina Veriaty Harahap, 39. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI