fbpx

Anak ajar Siti Nordiana sebutan bahasa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NORDIANA

SHAH ALAM – Penyanyi yang juga bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Siti Nordiana ingin menyanyikan lebih banyak lagu berbahasa Inggeris selepas berjaya membawakan lagu nyanyian asal Britney Spears, …Baby One More Time dengan agak baik malam tadi.

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata, pernah menyanyikan lagu bahasa Ingggeris atas pentas sebelum ini namun bukan untuk tujuan pertandingan atau pengadilan.

“Selepas ini saya akan belajar lagi lagu-lagu berbahasa Inggeris yang lain. Sebenarnya, bukanlah saya tidak pernah langsung menyanyikan lagu berbahasa Inggeris ketika membuat persembahan pentas.

“Tapi faham-fahamlah, tiada orang yang pantau. Berbanding pertandingan, semuanya diambil kira termasuk daripada segi sebutan,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Ujar penyanyi berusia 38 tahun itu, dia sendiri suka mendengar lagu-lagu berbahasa Inggeris terutama Britney Spears, namun untuk menyanyikan lagu tersebut ketika membuat persembahan, dia memerlukan masa untuk belajar.

“Saya memang biasa dengar lagu-lagu berbahasa Inggeris. Tapi untuk menyanyikan lagu sebegitu ketika membuat persembahan, kena ambil masa sikit untuk saya kaji supaya nampak lebih ‘smooth’ (lembut),” jelasnya.

Ketika disoal tentang persiapannya menyahut cabaran bertemakan ‘funfair Tok Ram’, dia hanya belajar menyanyikan lagu yang ‘dicabar’ oleh maestro muzik itu (…Baby One More Time) dengan hanya mendengar semula nyanyian oleh penyanyi asalnya (Britney Spears).

Selain itu, Nana juga akan merujuk anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie untuk bertanyakan sama ada sebutannya tepat atau tidak.

“Saya belajar dengan mendengar berkali-kali cara nyanyian Britney dan ikut sebutan dia. Ada juga saya tanya pada anak, sama ada sebutan saya betul atau tidak.

“Jadi saya banyak rujuk pada anak. Bila saya tanya, jawapan dia ‘bolehlah mama’,” kata Nana.

Bercakap tentang komen juri, Datuk Syafinaz Selamat yang memuji sebutan bahasa Inggerisnya ‘boleh tahan’ ketika konsert minggu kelapan GV10, malam tadi, Nana bersyukur kerana semuanya berjalan lancar.

“Alhamdulillah, bila Tok Naz (panggilan Datuk Syafinaz) puji sebutan saya ‘boleh tahan’, saya bersyukur sangat.

“Saya paling takut dengan Tok Naz sebenarnya sebab dia sangat teliti dengan sebutan,” jelasnya.

Konsert minggu kelapan GV10 yang berlangsung di MBSA, Shah Alam malam tadi menyaksikan Nana menduduki tempat ketujuh dengan markah sebanyak 62.75 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI