fbpx

Amaran hujan berterusan di empat negeri mulai Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada terhadap empat negeri bermula Khamis ini.

Menurut MetMalaysia melalui satu kenyataan di Facebook, empat negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan terutamanya di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Selain itu, amaran sama juga dikeluarkan untuk seluruh negeri Terengganu.

“Di kedua-dua negeri ini, hujan berterusan diramal berlaku selama tiga hari iaitu dari 16 November (Khamis) sehingga 18 November (Sabtu),” katanya.

Dalam pada itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Pahang, terutamanya di sekitar Jerantut, Kuantan dan Pekan.

“Hujan berterusan juga diramal di negeri Sabah meliputi kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Di Pahang dan Sabah, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan dari 17 November (Jumaat) sehingga 19 November (Ahad),” ulasnya.

Tambah MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di satu-satu kawasan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI