fbpx

[VIDEO] Sanggup ‘modi’ kereta jadi penembak mercun bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di aplikasi X yang memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki menembak mercun sambil memandu kenderaan.

PETALING JAYA – Seorang pemandu kenderaan sanggup melakukan modifikasi pada kereta supaya ia boleh menembak mercun sehingga membahayakan keselamatan orang lain.

Menurut sebuah hantaran di aplikasi X, video berdurasi lima saat itu dipercayai dirakam di sekitar Pasar Borong Selayang, malam semalam.

Dalam video sama, pemandu kenderaan tersebut juga dilihat memecut sambil menembak mercun di sepanjang jalan.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai menyuarakan kegusaran masing-masing, lebih-lebih lagi tentang keselamatan orang awam.

“Ini dah membahayakan orang awam sebab ini laluan orang ramai,” kata Riesna.

“Lain macam ya orang Selayang ni,” kata Adib.

“Kalau boleh mencetuskan bahaya macam ini, lebih baik haramkan sahaja bunga api daripada masuk ke negara kita ini,” kata Eecham.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 114 tanda suka dan 102 kongsi semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI