fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Mayat pemuda ‘dilenyet’ guna jentolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Quds News Network di aplikasi X.

PETALING JAYA – Media Israel semakin tidak berperikemanusian bertindak menyiarkan rakaman jentolak perisai Israel yang melenyek mayat orang awam Palestin di Gaza.

Menerusi hantaran tular video klip kejam yang dikongsi Quds News Network di aplikasi X, jentolak perisai Israel itu dipandu perlahan-lahan melenyek mayat seorang pemuda Palestin malang yang sedia terbaring atas tanah.

Lebih kejam apabila video tersebut dirakam seolah-olah sengaja mahu ia ditonton.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa marah terhadap rejim Zionis itu.

“Zalim. Rakaman itu diambil oleh seseorang daripada dalam jentolak. Kemungkinan besar tentera askar Israel. Memalukan,” kata seorang pengguna laman sosial.

Selain itu, seorang lagi pengguna berkata ini bukannya kali pertama kejadian begini berlaku tetapi mereka juga pernah membunuh seorang wanita, Rachel Corey dengan cara yang sama.

Pada 20 tahun lalu, wanita Amerika Rachel Corrie berusia 23 tahun dibunuh dengan jentolak Israel ketika membantah perobohan rumah penduduk Palestin di bandar selatan Rafah di Semenanjung Gaza.

Sejak itu, dia menjadi ikon solidariti rakyat Palestin.

“Menghancurkan mana-mana mayat manusia adalah lambang kekejaman dan kezaliman,” kata Praveen.

Selain itu, ada juga pengguna mempersoalkan kata-kata Israel yang mereka hanya melindungi diri mereka.

“Pengecut selalu mencederakan orang yang tidak bersenjata. Zionis ini memang memalukan,” kata seorang lagi pengguna laman sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI