fbpx

‘Tikam dada sendiri tiga kali hingga mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI kejadian seorang suri rumah dipercayai menikam dirinya sendiri ketika berada di dalam tandas di kediamannya di Ayer Keroh, Melaka. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Seorang suri rumah ditemui maut dipercayai selepas bertindak menikam dirinya sendiri ketika berada di dalam tandas rumahnya di kawasan perumahan mewah di Ayer Keroh, di sini, semalam.

Dalam kejadian antara pukul 2 hingga 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 34 tahun ditemui oleh ibu saudaranya dalam keadaan berlumuran darah dengan sebilah pisau masih terpacak di dada kirinya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 3.30 petang selepas dihubungi pembantu perubatan Hospital Melaka.

“Pegawai perubatan ambulans memaklumkan telah membuat pengesahan kematian mangsa yang ditemui dalam keadaan terlantar dan lengkap berpakaian dalam bilik air, dengan tiga kesan tikaman di bahagian dada sebelah kiri badan.

“Pasukan polis terdiri daripada task force, Pegawai Penyiasat Kanan (SIO) Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (D10) dan Unit Pengesan K9 telah ke lokasi dan kita mengesyaki mangsa telah menikam dirinya sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, ketika kejadian mangsa tinggal bersama ibu saudaranya berusia 65 tahun dan anaknya berusia 7 tahun, manakala suaminya bekerja di luar kawasan.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, hasil pemeriksaan pasukan forensik, dua kesan tikaman ditemui masing-masing berukuran 3 sentimeter (cm) dan satu lagi 2 cm.

“Semakan rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan dan pintu belakang.

“Pemeriksaan di kawasan sekeliling dan dalam rumah dapati tiada kesan geledah, serta tiada kesan berselerak. Setakat ini, tiada unsur-unsur jenayah,” ujarnya.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI