fbpx

Ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca buruk hampir seluruh negara, petang ini.

Menurut hantaran di laman sesawang MetMalaysia, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang akan melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Di Semenanjung, hujan dan ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor.

“Cuaca buruk itu juga dijangka melanda satu dua tempat di kawasan pedalaman Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Namun begitu, tiada hujan diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pahang,” katanya dalam hantaran sama.

Menurut laporan sama, cuaca buruk diramal berlaku di satu dua tempat melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, dan Sandakan di Sabah.

“Hujan lebat juga diramal berlaku di satu dua tempat di Kuching dan Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI