fbpx

Remaja lemas ketika mandi di Sungai Kenerong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan bomba mengusung mayat mangsa yang lemas di Sungai Kenerong, Dabong di Kuala Krai semalam.

KUALA KRAI – Kegembiraan seorang remaja berkelah dan mandi-manda bersama keluarga majikannya Sungai Kenerong, Dabong di sini petang semalam berakhir tragedi apabila dia lemas di sungai tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa, Mirza Rahimi Mat Zaid, 17, yang bekerja sebagai penjual ikan dijumpai kira-kira 30 minit selepas lemas di sungai berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, mangsa dijumlai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan penduduk kampung kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa yang dilaporkan lemas.

Menurutnya, siasatan mendapati, mangsa bersama keluarga majikannya pergi ke sungai berkenaan untuk berkelah.

“Mangsa dipercayai turun ke sungai untuk mandi manakala keluarga majikannya memancing di tepi sungai tersebut.

“Majikannya tiba-tiba melihat mangsa terkapai-kapai lemas sebelum tenggelam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kamarulzaman memberitahu, selepas menerima laporan, seramai empat anggota polis bergegas ke lokasi untuk SAR mangsa dengan kerjasama anggota Balai Bomba dan penyelamat Dabong.

Katanya, mangsa ditemui selepas setengah jam operasi dijalankan sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk bedah siasat.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI